Monday, April 5, 2010

KESILAPAN SIJIL BERHENTI SEKOLAH BOLEH MEMBANTUTKAN HASRAT PELAJAR MELANJUTKAN PELAJARAN DAN MENYEBABKAN MEREKA SUKAR MENCARI PEKERJAAN!

Sebenarnya isu sijil berhenti sekolah yang mencatatkan pelajar berkenaan sebagai tidak berdisiplin, bermasalah dan sebagainya telah pun berlaku sebelum ini dan menyebabkan bekas-bekas pelajar itu tidak dapat memohon apa-apa jawatan dengan kerajaan mahupun dengan swasta sekiranya permohonan untuk sesuatu jawatan itu memerlukan sijil berhenti sekolah dikemukakan.

Admin suara majoriti rakyat Malaysia telahpun mendengar keluhan seorang pemandu lori persendirian dari Gombak. Namanya Sahadan atau Sheridan, saya tidaklah begitu pasti. Orangnya amatlah baik, berbudi bahasa, bertanggungjawab, rupa paras yang baik dan juga mempunyai kelayakkan yang membolehkan beliau memohon jawatan kerajaan.

Saya yakin sekiranya beliau memohon mana-mana jawatan yang bersesuaian dengan kelulusannya, pasti pihak penemuduga akan mengambilnya sebagai pekerja. Tetapi sayang, seribu kali sayang catatan sijil berhenti sekolah tidak memihak kepadanya. Ini adalah kerana catatan mengenai kelakuan nakal yang dilakukannya semasa alam persekolahan, maklumlah masih keanak-anakan, fikiran pun belum matang lagi. Itulah kerenah anak muda, anak remaja.


Untuk pelajar-pelajar yang nakal, tidak berdisiplin dan bermasalah, hukumlah dengan apa-apa hukuman pun tetapi hukuman dengan membuat catatan yang tidak baik dalam sijil berhenti sekolah adalah keterlaluan dan melampau.


Ini adalah kerana ianya menyukarkan masa depan bekas-bekas pelajar itu sama ada untuk melanjutkan pelajaran ataupun untuk meminta kerja. Jadi saya mewakili mereka yang menjadi mangsa ini, memohon pihak sekolah supaya bertimbangrasa tidak menghukum mereka dengan menggunakan kuasa sebagai pihak yang berkuasa membuat catatan dan mengeluarkan sijil berhenti sekolah.

Berikut ini adlah laporan akhbar harian metro.

MASA DEPAN MURID GELAP GARA-GARA CATATAN DALAM SIJIL BERHENTI SEKOLAH


Oleh Suliati Asri
suliati@hmetro.com.my
2010/04/05


thumbnail

Usah rosak masa depan pelajar

DEK kerana ulasan pengetua yang tidak munasabah, hasrat untuk memasuki institusi pengajian tinggi terbantut.


KONTROVERSI...ulasan dalam sijil berhenti sekolah yang menjadi pertikaian.


KONTROVERSI...ulasan dalam sijil berhenti sekolah yang menjadi pertikaian.
Itulah dilema 22 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah XXX Yan apabila dilabel sebagai murid tidak berdisiplin dalam sijil berhenti sekolah walaupun tidak melakukan kesalahan serius sepanjang tempoh persekolahan.
KONTROVERSI...ulasan dalam sijil berhenti sekolah yang menjadi pertikaian.


Lebih mengejutkan, ada antara mereka pernah menyertai acara sukan hingga berjaya mewakili negeri, tetapi sumbangan berkenaan tidak diiktiraf kerana tidak dicatat dalam sijil berkenaan.


Mengapa perkara ini boleh berlaku? Apakah tindakan pengetua itu wajar? Dalam keadaan sebegitu, apakah yang harus dilakukan atau apakah langkah yang perlu diambil pelajar supaya mereka boleh melanjutkan pelajaran? Yang Dipertua (YDP) Persatuan Kebangsaan Pengetua Malaysia, Azam Md Atan, berkata perkara berkenaan tidak seharusnya berlaku kerana ia membabitkan masa depan pelajar.

KONTROVERSI...ulasan dalam sijil berhenti sekolah yang menjadi pertikaian.


Katanya, pelajar yang melakukan kesalahan sudah diberikan hukuman sama ada menerusi tindakan disiplin atau gantung sekolah. "Sejahat atau senakal mana pun pelajar itu, tindakan memberi ulasan yang tidak munasabah bukanlah cara menghukum mereka. Justeru, pengetua perlu rasional dalam mengambil sebarang keputusan dan bukan menganiaya serta merosakkan masa depan mereka," katanya.

"Tetapi menulis ulasan yang boleh merosakkan masa depan pelajar tidak wajar. Justeru, saya berharap, perkara ini tidak akan berulang dan pengetua akan lebih rasional dalam hal-hal seperti ini," katanya.


TERBANTUT...walaupun memperoleh keputusan cemerlang, ulasan yang ditulis pada sijil berhenti sekolah boleh membantutkan hasrat pelajar melanjutkan pelajaran. - Gambar hiasan
TERBANTUT...walaupun memperoleh keputusan cemerlang, ulasan yang ditulis pada sijil berhenti sekolah boleh membantutkan hasrat pelajar melanjutkan pelajaran. - Gambar hiasan


Tambahnya lagi, ketika membuat penilaian, guru atau pengetua perlu melihat kembali sumbangan yang diberikan pelajar terhadap sekolah, negeri dan mungkin negara.

Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Datuk Profesor Madya Mohd Ali Hassan berharap perkara berkenaan akan menjadi peringatan kepada guru besar atau pengetua di masa akan datang.

"Penilaian yang ditulis terutama di sijil berhenti sekolah itu adalah sangat penting dan akan memberi kesan kepada pelajar.


"Seperti kes ini, pelajar akan menerima impak negatif terutama apabila mereka memohon untuk melanjutkan pelajaran. Jadi, ia seharusnya tidak berlaku," katanya.


Dalam hal ini, apa yang mungkin boleh dilakukan adalah dengan menggantikan sijil berhenti sekolah 22 pelajar terbabit dengan yang lain dan ulasan yang munasabah dan bukan merosakkan masa depan mereka.

"Kita ambil perumpamaan cek yang tidak boleh digunakan. Walaupun sudah tidak boleh digunakan, ia masih boleh diganti dengan yang lain.


"Begitu juga dengan sijil berhenti mereka ini. Saya harap sijil itu boleh diganti dengan yang lain supaya ia tidak menjadi satu halangan kepada kehidupan mereka nanti," katanya.